Monday, October 4, 2010

CemBUru....


Salam alaik…
Hari ini kita berbicara dan mengulas mengenai C.E.M.B.U.R.U. .. Pada siapa yang membaca coretan ini boleh meninggalkan sebarang komen mahupun pandangan kalian.. ok. Let we move to the session..
DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Cemburu juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.Seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya??? Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat sesebuah hubungn begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.
Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal. Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorangberubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya, seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap yang selama ini diamalkan. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan sesebuah hubungan. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat.
Ingatlah, Sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?
Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN CINTA YANG LAIN’!!!
CEMBURU bagaikan garam dalam masakan, sedikit menambah rasa, banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa.Tanpa perselisihan, sesebuah hubungan menjadi hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram. Untuk mengatasi cemburu yang tidak berasas, gunakan fikiran untuk mengawal emosi, bukan sebaliknya. Dan pabila dirasuk rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan? Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu. Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu.
Betulkan semula niat
Perbetulkan niat. Mengapa anda bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat malah amalan yang disertai bersama niat, insya-Allah ada ganjarannya. Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan, anda tidak akan rasa sedih. Malah jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.

Kekasih kita itu bukan milik kita
Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, kekasih, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita.Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik justeru, anda akan mula belajar erti redha.
Dekatkan pada Maha Pencipta
Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita lantas rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.
Jadi, sebagai kesimpulannya semuanya bergantung kepada niat setiap individu. Dimanakah letaknya tahap CEMBURU itu?? Atas landasan apakah CEMBURU yang tidak berasas itu wujud?? Dan adakah kamu mengagungkan CEMBURU kamu itu daripada menjaga hati pasangan kamu itu?? fikirkanlah..Ingatlah Ajal Maut Jodoh Pertemuan di tangan Allah.. Sekian sahaja untuk coretan petang ini.. Wallahualam

No comments: