Dapat diungkapkan bahawa erti sebuah kebahagiaan kalau ditanya kepada semua orang pasti jawapan yang diterima berbeza-beza kerana pada mie la sebuah kebahagian itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara tetapi semuanya mempunyai maksud yang sama iaitu “kebahagiaan ialah satu tahap dimana kita dapat mencapai apa yang kita idamkan di dalam hidup”.
Ada orang yang bahagia apabila mendapat kereta yang mereka idamkan selama ini, maka kereta itulah yang menjadi buah hati dia, setiap hari keretanya dijaga dengan rapi, ada kotor sikit pasti di lapnya. Bawa kereta tu pun dengan penuh hati-hati, kalau silap orang lain sedikit pasti membebel dalam kereta sendiri, marah kat orang tu pun yang jadi mangsa mendengarnya orang kat sebelah pemandu. Itulah kebahagiaan orang yang mendapat kereta yang mereka idamkan.
Ada orang bahagia bila orang yang dia minati akhirnya menjadi milik dia. Selepas menjadi kekasih hati dia dan mula merasa bahagia apabila berada di sisi si dia yang disayangi. Bila dah rasa bahagia, hidupnya penuh dengan perkara-perkara yang indah, hari-hari yang dilalui indah belaka. Tapi dalam kebahagiaan itu mereka lupa tentang batas yang perlu dijaga, berjalan berpimpin tangan walaupun bukan muhrim. Alasannya kerana mereka sudah berkasih dan jangan kacau kebahagiaan kami. Bila ditegur kata kita mengacau dan busy body.
Ada orang bahagia apabila mendapatkan kerja yang mereka idamkan. Apabila mula bertugas semangat dan kerja dengan penuh dedikasi, setiap hari yang dilalui membahagiakan hidupnya sampai lupa untuk bersyukur kehadrat Illahi tentang rezeki yang telah diberikan. Walaubagaimanapun kebahagian itu bagus kalau kita meletakkannya di tempat yang baik.
Ada orang yang bahagia apabila tercapai hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hati yang sudah lama bercinta, disinilah mereka merasakan kasih sayang mereka sudah terbukti apabila terikat sebuah perkahwinan. Majlis yang dibuat penuh dengan gilang gemilang, semuanya hendak dibuat semasa majlis tersebut. Alasannya ialah sekali seumur hidup, biarlah ia menikmati detik kebahagian tersebut. Dalam kebahagian yang dinikmati kita sepatutnya bersyukur kerana Tuhan telah menyatukan dua hati dan jodoh tersebut.
Ada orang bahagia apabila menimang cahaya mata yang telah lama mereka menunggunya. Itu juga kebahagian yang terindah buat mereka. Cahaya mata tersebut ditatang dengan penuh kasih sayang, hanya yang terbaik untuk insan yang tersayang tersebut. Hari mereka penuh dengan kebahagian apabila bersama cahaya mata tersebut. Itu juga kebahagiaan.
Jadi kebahagian itu bermacam situasi tetapi satu maksud yang sama dan semua orang inginkan kebahagian. Tidak kira anda tukang kebun, guru, blogger, dan siapapun anda pasti semuanya inginkan kebahagian, tak mungkin ada manusia yang inginkan penderitaan.
Manakala Kehidupan adalah dimana satu fenomena atau perwujudan adanya hidup aitu keadaan yang membezakan organisme (makhluk hidup) dengan benda mati.
Berbagai jenis organisme yang terdapat atas muka bumi ini contohnya tumbuhan, haiwan, bakteria dan sebagainya. Organisme-organisme tersebut melakukan metabolisme yang mana ia mampu tumbuh dan berkembang terhadap rangsangan, berkembang biak, dan beradaptasi terhadap lingkungannya melalui seleksi alam.
Dapat disimpulkan bahawa kehidupan dan kebahagian tidak dapat dipisahkan.. Ini kerana seiring dengan kehidupan kita akan mendapat kebahagian dan juga sebaliknya.. wallahualam...
No comments:
Post a Comment