Salam alik…
Kerinduan dalam penulisan membuat KB menulis lagi. Tajuk pon da bawak pengertian yang boleh membuatkan kita terkelu tanpa mampu berkata. Sometime KB seperti seorang yang bukan dari kalangan engine, sometimes KB jd seorang yang sgt2 technikal. Tp hakikatnya KB adalah KB. Ok la.. ni antara keratan yg KB ambik untuk dijadikan iktibar dan juga panduan kita bersama.
“ Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis agarnya diberkati dan diredhai Allah S.W.T. ”
Dari itu marilah kita sama-sama munasabah diri kita. Dimana nilai kita disisi Allah swt. KB sedar hakikat diri ini terlalu kerdil lau nk dibanding kan dengan smua. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Jadi dari hari ke hari KB mengubah sedikit demi sedikit menuju ke jalan yang di-redhai. Sungguh terasa amat kerdil diri ini pabila sedar agak lewat berbanding mereka yang dahulunya sedar dimana kedudukan mereka di sisi Allah swt. Tp KB bersyukur ke hadrat ilahi masih diberi peluang untuk menyedai hakikat yang sebenar. Sama-sama lah kita diokan yang terbaik.
Pabila kita mengimpikan yang terbaik untuk diri sendri, sedarlah bahawa terbaik kah diri itu terlebih dahulu? Pabila kamu mengimpikan suami yang soleh, solehahkah kamu untuk bergandingan dengan si-dia yang soleh? Maka solehkan diri kamu terlebeh dahulu sebelum mengimpikan yang seseorang yang soleh. Ya Allah… sedarlah ak bahawa aku bukan seorang solehah.Layakkah ak untuk mengimpikan seorang pembimbing iaitu si suami yg soleh? Sungguh, di bulan yang mulia ini ramadhan al-mubarak KB rasa sungguh kerdil.
Teringat kata-kata seorang sahabat ‘ siapakah dan dimanakah tulang rusukku yang hilang itu.. Ya Allah Ya Tuhanku, kau tunjukkanlah kepada ku agar ak bertemu dengan rusukku. Semoga ak mendapat keredhaanmu Ya Allah ’… Sungguh, tatkala KB mendengar bait-bait kata-kata itu KB terkelu.. hati berkata ‘Ya Allah, bertapa kerdilnya ak.. ak memohon kau perkenankanlah doa hambamu ini. Hanya kepada Engkau ak memohon. Kau angkatlah Doaku.. Kau berkatilah setiap langkah kaki ku melangkah. Kau Pertemukanlah ak dengan empunya rusuk ini yg Allah. ’ Ku sedar aku bukan seorang yang solehah tp sungguh! Aku mengimpikan seorang yg soleh yang mampu memimpim tgn ku menuju ke Syurga yang hakiki. Kau bantulah ak Ya Allah…
No comments:
Post a Comment