Monday, November 21, 2011

Bilamana Pihak Perempuan Datang Meminang Bakal Si Pengantin Lelaki




Salam alaik,
Sekian lama sesi ilmu-ilmuan sepi tanpa khabar. Hari ini tajuk agak gempar cket. Baca smua!! hohohoho… Agak kurang sopan sungguh Cik KB ni kan? Tampar laju2 bisu kang! J

Ok. Straight forward kepada tajuk UTAMA iaitu BILAMANA PIHAK PEREMPUAN DATANG MEMINANG BAKAL SI PENGANTIN LELAKI. Gempak x tajuk hari ni? Cik KB hari ni teringin nak menaip mengarang bilenyer document qa&qc ni baru nak review selepas 2mggu ader lam hardisk ni. Bukan x nak semak dokumen ni tp bile computer yg company bagi tu system corrupt, cik KB yg BUTA IT ni terus jem la. Bukannya apa. Lam computer yang company bg tu la ader server yang menghubung smua yg terlibat ngan project ni. Since computer tu masuk WARD keje cik KB pon slow la. Sbb nk kene pinjam2 komputer org len utk tgk server ni. Aduhaiiii…. Dugaan ok! Personal computer bukan x der tp computer lama kan, sure la slow sket die nyer processor. Pastu server lak x install. So kerja pon agak slow la. Kene bersabar banyak-banyak sbb dengan computer ini. Sbb computer ini lah berjaya cik KB menghabiskan DEGREE cik KB…( lam otak dok fk, bile ak nk smbung master ni??? )

Persoallannya mungkinkah kb MAMPU untuk merealisasikan sesi ilmuan ini dalam hidup? Menjadikan yang angan-angan itu satu kenyataan????

Go the subject!
Ianya bukan sekadar PERIGI MENCARI TIMBA yang akan diperkatakan sebagai perempuan tidak tahu MALU. Malu ke andai ianya untuk kearah kebaikkan. Malu yang sedemikian tidak kena pada tempat dan perkaranya. Sayang sekali, kekadang perasaan malu itu tidak merujuk kepada syariat. Apakah perlu MALU andai ianya mengikut syariat dan menyusuri langkah-langkah para salafussoleh untuk mendapatkan jodoh terbaik??? Think as positive thinker.
Agak janggal pabila kebiasaanya pihak lelaki yang harus memulakan dahulu. Pihak lelaki yang merisik khabar, kemudian jika isyarat “lampu hijau” diberikan, maka menyusullah rombongan peminangan. Lelaki meminang wanita. Akan tetapi bagaimana pula jika sebaliknya? Pihak wanita yang merisik khabar, kemudian menghantar rombongan meminang? Rombongan Wanita datang dan meminang pihak lelaki. Janggal dan tidak pernah dibuat orang! Begitulah sempitnya adat berbanding keluasan syariat. Justeru dalam sejarah Islam, pihak wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Jika kita renung kembali kisah Siti Khadijah meminang Rasulullah. Sayidina Umar yang pernah “meminang” Sayidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah (tetapi Siti Habsah kemudiannya menjadi isteri Rasulullah SAW). Yang mana ianya pada zaman kegemilangan Islam, yang bukannya melalui jalinan internet, melalui SMS ataupun rangkaian telefon mudah alih tetapi secara lisan ataupun melalui perantaraan. Tetapi kedua-dua cara ini dipraktikkan. Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Tidak ada istilah perigi cari timba seperti yang diungkapkan oleh adat atau budaya masyarakat pada hari ini. Kebenaran yang kerap kali nampak janggal kerana ia bertentangan dengan budaya. Tetapi ianya perlukan keberanian untuk melakukan anjakan paradigma, seterusnya perubahan sikap… biarpun terpaksa menanggung risiko dituduh tidak tahu malu!

Akan tetapi kadangkala adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah diutamakan syariat kerana adat hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan manusia manakala syariat bersumberkan wahyu Ilahi. Tidak dinafikan kadangkala adat bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku, sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian yang mencemarkan kesuciannya. Adat “membatalkan air sembahyang”, kenduri walimah secara keterlaluan sehingga menyebabkan pembaziran dan bersikap menunjuk-nunjuk, mas kahawin yang berjumlah beribu-ribu ringgit, adalah antara contoh bagaimana sesuatu yang mulanya berasalkan kehendak syariat telah bertukar menjadi kehendak nafsu. Sering berlaku, yang sunat dianggap seperti wajib. Manakala yang wajib pula dianggap remeh dan dipinggirkan. Dalam soal meminang, Islam tidak menetapkan siapa yang harus memulakan dulu asalkan prinsip peminangan itu menepati syariat.
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas r.a.:

Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah SAW
Dan berkata: “ya Rasulullah! Apakah baginda memerlukan daku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “dia lebih baik daripada mu nak! wanita itu senang kepada Nabi SAW dan menawarkan dirinya!”

(riwayat Bukhari)

Salam kasih sayang,
KB J

No comments: