Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau
penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin
perempuan. Wali ini merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Dalil-dalil
yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah:
Firman Allah swt:
'Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf'
( Al-Baqarah : 232)
'Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf'
( Al-Baqarah : 232)
'Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan
kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga meereka beriman'.
( Al-Baqarah : 222)
Dari hadith Nabi saw:
'Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: 'Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali'.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
'Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: 'Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali'.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah
nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali
ialah:
Islam
Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
Berakal - Orang gila, mabuk dan orang yang sangat
bodoh tidak sah menjadi wali.
Lelaki - Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
Adil
Merdeka
Manakala orang buta atau bisu pula adalah
diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal
kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat
serta tulisan dan ia memenuhi starat-syarat sah menjadi wali.
Susunan Wali
Susunan wali mengikut tertib alah:
Bapa kandung
Datuk sebelah bapa ke atas
Saudara lelaki seibu-sebapa
Saudara lelaki sebapa
Anak saudara lelaki seibu-sebapa
Anak saudara lelaki sebapa
Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
Bapa saudara sebelah bapa sebapa
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
ke bawah
Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke
bawah
Bapa saudara seibu-sebapa
Bapa saudara bapa sebapa
Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
Bapa saudara datuk seibu-sebapa
Bapa saudara datuk sebapa
Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke
bawah
Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang
dibebaskan).
Sekalian asabah kepada seorang muktiq
Raja/Sultan.
Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil
wali yang kedua dan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan
begitulah seterusnya.
Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anaknya. Dan jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.
Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda:
'Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali'.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Dalam kes Ismail bin Abdul Majid lawan Aris Fadilah
dan Insun bt Abdul Majid (1990, Jld. V, II, JH) di Mahkamah Syariah, Kuala
Kangsar, Perak, Yang Arif Hakim Amran bin Satar telah memutuskan perkahwinan
yang diwalikan oleh
wali ab’ad sedangkan wali
aqrab masih ada maka perkahwinan itu
tidak sah.
(Wali Ab’ad : wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
(Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
Fakta kesnya adalah seperti berikut: Pengantin perempuan telah berkahwin dengan seorang pemuda pada 6hb Mei, 1974 di Kampung Kandang Hilir, Kota Lama Kanan, Perak. Wali yang bertindak kepada perempuan tersebut ialah saudara lelakinya kerana bapa perempuan itu telah meninggal dunia. Pengantin perempuan itu sebenarnya juga masih mempunyai datuk yang masih hidup dengan segar dan waras yang tinggal di Bt. 8, Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Datuk itu tidak diberitahu mengenai perkahwinan cucunya itu. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah dan telah diputuskan perkahwinan itu tidak sah atau batal dengan alasan:

Saudara lelaki pada pengantin perempuan itu tidak
ada bidang kuasa wali kerana wali aqrab iaitu datuk perempuan itu masih ada.
Akal fikiran datuk itu masih waras maka hak
kelayakan wali masih tidak hilang.
Berdasarkan analisa kes tersebut, sepatutnya
pengantin perempuan itu menghubungi datuknya bagi mewalikan perkahwinannya.
Jika datuknya itu tidak dapat hadir, maka datuknya boleh mewakilkan (wakalah
wali) kepada orang lain, untuk menikahkan cucunya itu.
Wali Mujbir
Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin. Dalilnya ialah:
'Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya'.
(Riwayat Darul-Qutni)
Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah.
Dalam kes Syed Abdullah Al-Shatiri lawan Syarifah
Salmah (1959, Jld. I, II, JH), ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan
Mahkamah Syariah Singapura, Yang Arif Hakim Ahmad bin Ibrahim menyatakan,
mengikut Mazhab Shafi’e, apabila seorang anak dara dikahwinkan oleh bapanya
tanpa minta izin anak dara itu terlebih dahulu, maka adalah sah perkahwinan
itu.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang bapa Syed Abdullah Al-Shatiri mengahwinkan anak daranya Syarifah Salmah dengan Syed Idros bin Saggof Al-Jofri tanpa izin anak dara itu. Bapa itu bertindak sebagai wali dan ia sendiri menikahkan perkahwinan itu. Anak perempuan itu enggan menerima suami pilihan bapanya. Anak perempuan itu membawa kes itu ke Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah Singapura telah mengeluarkan perintah bahawa perkahwinan itu tidak sah berdasarkan hadith:

Pertama:
Rasululah saw bersabda:
'Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinnan itu dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya'.
(Riwayat Al-Bukhari)
Kedua:
Rasulullah saw bersabda:
'Seseorang yang bukan anak dara mempunyai hak yang lebih besar mengenai dirinya daripada penjaganya. Persetujuan seorang anak dara haruslah dipinta berkenaan dengan sesuatu mengenai dirinya dan diam membisu pada haknya itu adalah bererti memberikan persetujuan'.
(Riwayat Muslim)
Bapa telah membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan
Mahkamah Syariah Singapura bahawa ia mengahwinkan anak dara perempuannya tanpa
izin perempuan itu atas bidang kuasanya sebagai wali mujbir.
Menurut Ahmad Ibrahim ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura itu menyatakan:
'Hadith-hadith yang menjadi alasan Mahkamah Syariah Singapura itu sebenarnya dipertikaikan oleh ulama mengenai makna 'meminta izin anak dara' yang terdapat dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Menurut Imam Malik, Imam Shafi’e, Imam Ahmad dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Nawawi, maksud 'meminta izin anak dara' adalah sunat bagi wali mujbir meminta izin terlebih dahulu daripada pengantin perempuan seperti mana dengan maksud hadith yang dieriwayatkan oleh Darul-Qutni'.

Selanjutnya Ahmad Ibrahim memetik pandangan Mazhab
Syafi’e sepertimana yang terdapat dalam kitab Minhaj Talibin, karangan Imam
Nawawi:
'Seseorang bapa boleh mengikut kehendaknya mengahwinkan anak perempuannya tanpa meminta izinnya, tidak kira berapa umurnya dengan syarat anak itu masih anak dara. Walau bagaimanapun adalah sunat berunding dengannya mengenai bakal suaminya itu; dan izin rasminya ke atas perkahwinan itu adalah perlu jika dia telah kehilangan daranya. Manakala seseorang bapa mengahwinkan anak perempuan sewaktu anak itu masih di bawah umur, maka anak perempuan itu tidaklah boleh diserahkan kepada suaminya sebelum dia mencapai umur akil baligh. Jika berlaku kegagalan pada pihak bapanya, maka bapa kepada bapanya (datuknya sebelah bapa) hendaklah menjalankan semua kuasanya. Kehilangan dara menghapuskan hak mengahwinkan anak perempuan tanpa izinnya, dan tidaklah ada perbezaan di dalam aspek ini bahawa kehilangan

Ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan itu
juga Ahmad Ibrahim merujuk kepada buku 'Mohamed Law Of Inheritance, Marriage
And Right Of Women' oleh Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi menyatakan
: Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuan
anak dara itu adalah sah dengan syarat:
Janganlah hendaknya terdapat antara anak dara itu
dengan bapanya atau datuknya yang mengahwinkannya itu apa-apa sifat permusuhan
yang nyata dan tidak pula terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat
anak dara itu berada.
Si suami itu hendaklah sama tarafnya (sekufu)
dengan anak dara itu.
Si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.
Janganlah hendaknya terdapat sifat permusuhan baik
di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami.
Bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak
daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu.
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Lembaga Rayuan
Mahkamah Syariah Singapura berpendapat bahawa perkahwinan yang dianjurkan oleh wali
mujbir tanpa izin perempuan itu adalah sah. Maka keputusan Mahkamah Syariah
yang terdahulu itu telah dibatalkan.
Perempuan Janda
Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh
mengahwinkan perempuan janda kecuali hendaklah mendapat izin perempuan itu
terlebih dahulu. Rasulullah saw telah bersabda:
'Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda, 'Perempuan janda diajak bermusyawarah tentang urusan dirinya, kemudian jika ia diam, maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak maka tiada paksa ke atasnya'.
(Riwayat Al-Khamsah kecuali Ibnu Majah)

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw telah
menyatakan:
'Dari Khansa’ binti Khadam, bahawasanya bapa Khansa’ telah mengahwinkan dia, sedang ia perempuan janda, lalu ia tidak suka demikian itu. Kemudian ia datang kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menolak perkahwinan itu'.
(Riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Ini bermakna perempuan janda mempunyai bidang kuasa
menolak perkahwinan yang dibuat tanpa kebenarannya iaitu ia boleh menfasakhkan
perkahwinan itu di Mahkamah Syariah.
Perkahwinan Bawah Umur
Menurut Mazhab Empat bahawa dalam Islam tidak ada
larangan had umur untuk berkahwin. Ini bermakna kanak-kanak kecil boleh
berkahwin.
Daripada Siti Aisyah r.a.,
'Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun'..
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Siti Aisyah r.a.,
'Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun'..
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menunjukkan bahawa dalam Islam tiada had
umur larangan berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen 8, Akta
Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan:
'Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu'.

Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di
bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah.
Peruntukan Seksyen tersebut bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat.
Sebenarnya kebenaran dari Mahkamah itu bertujuan memberi peluang kepada
Mahkamah untuk menyelidiki gadis itu dari segi latar belakang, keadaan fizikal,
kemampuan untuk berumahtangga dan menjaga kepentingan kanak-kanak itu.
Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?
Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?
Mengikut pendapat Mazhab Syafi’e dan Hambali, wali
fasik tidak boleh atau tidak sah menjadi wali nikah. Ini berdasarkan sebuah
hadith dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,
'Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada
saksi yang adil'.
(Riwayat Ahmad)
Yang dimaksudkan dengan adil ialah seseorang itu
berpegang kuat (istiqamah) kepada ajaran Islam, menunaikan kewajiban agama,
mencegah dirinya melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak,
menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan sebagainya serta berusaha tidak
melakukan dosa-dosa kecil.
Wali bersifat adil disyaratkan kerana ia dianggap
bertanggungjawab dari segi kehendak agama ketika membuat penilaian bakal suami
bagi kepentingan dan maslahat perempuan yang hendak berkahwin itu. Manakala
wali fasik pula, ia sendiri sudah tidak bertanggungjawab ke atas dirinya apatah
lagi hendak bertanggungjawab kepada orang lain.
Untuk menentukan seseorang wali itu bersifat adil
atau fasik adalah memadai dilihat dari segi zahir atau luaran sahaja ataupun
memadai wali itu mastur iaitu kefasikannya tidak diketahui kerana untuk menilai
kefasikan secara batin adalah susah. Walau bagaimanapun jikalau Sultan atau
Raja itu fasik yang menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali maka
kewalian itu tetap sah kerana kesahihannya diambilkira dari segi keperluan
terhadap wali Raja.
Sebenarnya sebahagian besar ulama-ulama Mutaakhirin
dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Al-Ghazali, pendapat pilihan Imam Nawawi dan
sebagainya, telah mengeluarkan fatwa bahawa sah wali fasik menjadi wali,
selepas beristighfar.
Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin telah mengingatkan bahawa seseorang wali harus memerhati dan meneliti kelakuan geraklaku calon suami, jangan sampai mengahwini saudara perempuan dengan seorang lelaki yang buruk budi pekertinya atau lemah agamanya ataupun yang tidak sekufu dengan kedudukannya. Sekiranya ia mengahwinkan puterinya dengan seorang lelaki yang zalim atau fasik atau yang lemah agamanya atau peminum arak, maka ia telah melanggar perintah agamanya dan ketika itu ia akan terdedah kepada kemurkaan Allah swt, kerana ia telah mencuaikan persoalan silaturrahim (perhubungan tali kerabat) dan telah memilih jalan yang salah.

Selanjutnya Al-Ghazali menceritakan seorang ayah
telah datang meminta nasihat kepada Al-Hasan, Katanya: 'Telah banyak
orang yang datang meminang puteriku, tetapi aku tidak tahu dengan siapa yang
harusku kahwinkan dia'. Berkata Al-Hasan: 'Kahwinkan puterimu itu dengan
orang yang banyak taqwanya kepada Allah. Andaikata suaminya mencintainya kelak
pasti ia akan dimuliakan. Tetapi jika suaminya membencinya maka tiada
dianiayainya'.
Tiada Persetujuan Antara Wali Yang Sedarjat
Wali sedarjat ialah wali-wali yang mempunyai bidang
kuasa yang setaraf atau sama. Misalnya bagi pengantin perempuan yang sudah
tidak ada lagi bapa dan datuk, maka orang yang berhak menjadi wali mengikut
tertib ialah saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan itu.
Persoalan
yang timbul ialah saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan itu
ramai. Siapa yang berhak menjadi wali?
Mengikut
Islam kalau semua wali sedarjat itu bersependapat dan redha dengan bakal suami
pilihan perempuan itu maka salah seorang boleh menjadi wali. Yang afdhalnya
ialah terdiri daripada orang yang tahu hal-hal agama atau alim.
Satu isu lagi mengenai wali sedarjat ialah jika
sebahagian wali sedarjat setuju bakal suami itu manakala sebahagian yang lain
menentang bakal suami pilihan pengantin perempuan itu. Siapa berhak menjadi
wali dalam kes seperti di atas?
Menurut Jumhur Fuqqaha (Mazhab Syafi’e, Maliki dan
Hambali) jika perkahwinan itu dilakukan juga oleh wali sedarjat yang redha
dengan bakal suami pilihan pengantin perempuan, maka wali sedarjat yang menentang
itu berhak juga menfasakhkan perkahwinan di Mahkamah Syariah jika wali yang
menentang itu ada alasan syarak.
Dalam kes tiada persefahaman antara wali-wali
sedarjat ini, maka pengantin perempuan hendaklah membuat aduan di Mahkamah
Syariah atas nama wali enggan di mana Mahkamah akan membuat keputusan yang
adil.
Wali Hakim Atau Wali Raja
Wali hakim ialah Sultan atau Raja yang beragama
Islam yang bertindak sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak
mempunyai wali. Oleh kerana Sultan atau Raja ini sibuk dengan tugas-tugas
negara maka ia menyerahkannya kepada Kadhi-Kadhi atau Pendaftar-Pendaftar Nikah
untuk bertindak sebagai wali hakim.
Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 2 (1) Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agong dalam hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau oleh Raja dalam hal sesuatu negeri lain untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab.

Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim
Pertama:
Tidak Ada Wali Nasab
Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali
nasab seperti saudara baru di mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam
atau perempuan yang tidak mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau
anak luar nikah maka wali hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya.
Rasulullah saw bersabda:
'Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali'.
(Riwayat Al-Khamsah)
'Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali'.
(Riwayat Al-Khamsah)
Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali
maka wali hakimlah yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.
Kedua:
Anak Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat
Anak tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah
anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah.
Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau
sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak
sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna
benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh
perkahwinan, maka anakitu tetap dianggap anak tidak sah taraf.
Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf
itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali
hakim. Begitu juga anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak
sah taraf, maka walinya adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak
mempunyai wali nasab.
Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang
sah atau keluarga yang sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib
wali yang ada, bukannya bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat
hendaklah berhati-hati tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan
menyembunyikan keaaan sebenar.
Ketiga:
Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.
Dalam Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup
syarat untuk menjadi wali seperti gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka
bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali ab’ad mengikut tertib wali.
Sekiranya satu-satunya wali yang ada itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi
wali yang lain maka bidang kuasa wali itu berpindah kepada wali hakim.
Keempat:
Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
Dalam kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah
menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji atau umrah maka hak walinya terlucut
dan hak wali itu juga tidak berpindah kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu
berpindah kepada wali hakim.
Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah. Rasulullah saw bersabda:
'Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin'.
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin, hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan wali hakim.

Kelima:
Wali Enggan
Para Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh
enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya, tidak boleh
menyakitinya atau melarangnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi
kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: 'Saya mempunyai saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab:'Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau dengan dia selama-lamanya'. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
'Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya'.
(Al-Baqarah : 232)
Kemudian Ma’qil berkata: 'Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya kahwinkan dengan lelaki berkenaan'.
(Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam sebuah hadith yang lain dinyatakan:
'Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya'.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
'Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya'.
(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau
enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap
satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda:
'Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali'.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh
(1976, Jld. II, I JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif
Kadhi Mahmood bin Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak
mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas
kahwin dan belanja yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.

Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk
meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan 'Tunggulah dulu
sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan'. Bakal suami itu bekerja sebagai
Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
'Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan

No comments:
Post a Comment