Thursday, October 7, 2010

Bersabarlah Duhai Hati


Sedang aku terkapai-kapai di lautan yang luas...  Ya Allah... Aku sebagai hambu yang lemah memohon perlindungan...Lindungilah aku.. Letakkan lah aku dalam lingkungan keImanan... Tabahkan Lah hatiku ini dalam menempuh tiAp Dugaan yg Telah kau berikaN mahUpun yang bakalku Tempuh....Amiennn ya Rabb.... Dan ini coretan khas untuk kita hayati bersama.. Baik Untuk kalian mahupun untuk diriku. Hanya sekadar mengingatkan dan untuk muhasabah diri ini sebagai hambanya yang lemah....

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala ujian dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita merasa cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak dinafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pertimbangan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya. Amienn ya Rabb

Tuesday, October 5, 2010

30 rahsia naluri wanita....


1.. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. --->absolutely!!!!sbb bkn smua wanita 2 pelakon air mata.. bg yg penuh dgn emosi mungkin ye. bg yg pandai hiddden somth we cant judge anythg ok..so korang rasa ak wanita jenis yg mcm ner???

2.. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). -->betol2...

4.. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. --->amat2 sahih

5.. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! -à maybe yes, meybe no…

6.. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. -ni bg pompuan yg lemah dan over emosi…

8.. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. -->silaturrahim x salah.

9.. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. -->hakikat yg seorg lelaki perlu fhm tentang wanita.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. ->>> wohiohohoho…seblom ckp mcm ni kat pasangan..baik tanya diri sendiri tu dulu berguna ke tak…hihihihi-->ni mengguris ht weh! jgn la kejam sgt

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. ----hahahahahahah….no komen…-->maaf x penah jd lagi kat ak...

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. -->senyum 2 sedekah.. ad ak kesah.. x mampu sedekah duit sedekah la senyuman..

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
-->ini adalah terbaik... tp jrg jumpa bile putus 2 still jd kawan..

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
--> x semestinya. kdg2 nk bg kamu ruang untuk kamu dengan org lain ataupon nk uji ati die ader pada kamu atau x..

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! -->tnyer jgn x tanyer

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. --- tak semestinya…kene ingat Allah nk uji 2...

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. -->normal la 2...

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. -->sbb pe korang nk tau?? kwn perempuan ni jrg yg ley simpan rahsia in other words gunting lam lipatan...

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. -->meluat pon yer!!!!

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati….---cinta sepenuh hati tetap tidak keluar dr batasan syarak yg islam da tetap kan (before kawin la..)--aminenn.. ni yg ak nak..

27. Senjata wanita adalah airmata!! -agree! -->tp ak dah lelah.. so er mata dh kering kecuali ak ingat kat org tersayang jek.. bf2 ni x da lam list. cukup pengalaman selama ini..

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. – I LIKE!!!-->yups! boley leleh lau betol2 terharu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... ahaks!-->tol la 2. tp ak ni bengap selagi org 2 x ckp selagi 2 la ak rasa die kwn ak jek.. lntk korang la nk ckp pe. tp e2 lah reality!

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
--> betol2 tp maafla.. ak dah lelah n ak dh penat dengan smua ni. bialah takdir yg menentukan segalanya.. ad jodoh ad la. x da 2 x da la. sbb ak dah x nak mengharap..



ikhlas dr,

Monday, October 4, 2010

CemBUru....


Salam alaik…
Hari ini kita berbicara dan mengulas mengenai C.E.M.B.U.R.U. .. Pada siapa yang membaca coretan ini boleh meninggalkan sebarang komen mahupun pandangan kalian.. ok. Let we move to the session..
DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Cemburu juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.Seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya??? Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat sesebuah hubungn begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.
Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal. Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorangberubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.
Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya, seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap yang selama ini diamalkan. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan sesebuah hubungan. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat.
Ingatlah, Sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?
Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN CINTA YANG LAIN’!!!
CEMBURU bagaikan garam dalam masakan, sedikit menambah rasa, banyak merosakkan selera dan pengambilan yang terlalu banyak boleh meragut nyawa.Tanpa perselisihan, sesebuah hubungan menjadi hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram. Untuk mengatasi cemburu yang tidak berasas, gunakan fikiran untuk mengawal emosi, bukan sebaliknya. Dan pabila dirasuk rasa cemburu, berfikir secara rasional dan matang. Apakah rasa cemburu itu adil pada pasangan? Jangan sesekali membenarkan fikiran merayau dan berfikir perkara yang akan memburukkan lagi emosi cemburu. Berfikir secara positif apabila mula dihantui rasa cemburu.
Betulkan semula niat
Perbetulkan niat. Mengapa anda bercinta? Segala yang dilakukan harus ada niat malah amalan yang disertai bersama niat, insya-Allah ada ganjarannya. Begitu juga dalam bercinta. Perbetulkan niat supaya tujuan bercinta kerana Allah. Apa sekalipun kerja jika sandarannya Tuhan, anda tidak akan rasa sedih. Malah jika kekasih lari pun anda masih ada Tuhan.

Kekasih kita itu bukan milik kita
Tanamkan dalam hati bahawa diri kita kepunyaan Allah. Justeru, kekasih, isteri atau suami yang dicintai itu bukanlah milik kita.Dia berhak memberi cinta dan dia juga berhak menarik balik rasa cinta itu. Selalu ingat bahawa apa yang anda rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk anda. Apa yang dilakukan Allah adalah yang terbaik justeru, anda akan mula belajar erti redha.
Dekatkan pada Maha Pencipta
Ramai yang hilang arah apabila cemburu datang, begitu juga apabila putus cinta Dalam bercinta, jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita lantas rasa cemburu, gundah, iri, gelisah dan segala macam rasa tidak tenang akan hilang.
Jadi, sebagai kesimpulannya semuanya bergantung kepada niat setiap individu. Dimanakah letaknya tahap CEMBURU itu?? Atas landasan apakah CEMBURU yang tidak berasas itu wujud?? Dan adakah kamu mengagungkan CEMBURU kamu itu daripada menjaga hati pasangan kamu itu?? fikirkanlah..Ingatlah Ajal Maut Jodoh Pertemuan di tangan Allah.. Sekian sahaja untuk coretan petang ini.. Wallahualam

Saturday, October 2, 2010

Kenapa Aku Masih Solo?


as usually from iluvislam...at the end of this acticle i will discuss n giv an opinion regarding from my experince

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat.

Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.Demikian juga perkahwinan.Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Tips: Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


ok time for me... huhuhu... bile kebosanan ini la jadiknya... ingat 2 Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Dan bukan juga sbb takut pasangan kita di ambik org.. reti kamu??

Ni x. Baik perempuan baik lelaki sama jek.. Lau korang x cukup kuat kenapa memilih percintaan sebelum PERKAHWINAN??? gatal sangat dah ker? Kan dapat ayat kasar. Maaf pada pembaca yg berhati lembut.... Tp lumrah alam lau x d tegur x makan saman...Mungkin belum masa nya untuk kamu menamatkan zaman bujang. So sabar la.. Jangan la memaksa pasangan kamu 2. Kadang2 sebelah pihak je yg bersedia tp sebelah lagi x bersedia.. Baik lelaki ke perempuan ke sama jek. Bg yg lelaki mungkin la die fk, lau kawen masa financial x ok cemana nk sara anak org.. ANAK ORG ok???? BUkan anak kucing... Sedangkan kucing pown sesetengah 2 tuan die bg makan FRISKIES...FRISKIES ok??? yg ader gambr kucing 2. Ini kan manusia.. Mesti la si suami nk bg yg terbaik untuk si isteri.. Dah tue kamu x reti2 sabar ker? SABAR ok!!!!

Cik  KB  yg umo 20+ ni pon relex jek.. Bukan la x nak kawen tp belum tiba msa nya.. Insyaallah akan tiba masa dan ketikanya... Buat pe nk kalut2... Bak ckp my cousin, kita berhak berusaha dan berdoa untuk mencari Mr. Right.. Yups! amat2 lah bersetuju wahai sayangku linda...Tp lau kita rasa e2 Mr. Right n siang mlm kita berdoa tp Allah x memakbulkan doa kita sbb e2 bukan jodoh kita.. Then my mom plak ckp " jika e2 bukan jodoh kamu wahai anak mama syg, kamu x berhak untuk memaksa" sbb jodoh bukan dengan keterpaksaan tp keikhlasan.... skali mama dh ambik masa dengan bagi nasihat tadah la telinga weh!! sebenarnya cik mie x reti dh nk menulis cam dlu. so ayat2 gni je la.. korang baca je la lau nak.. x nak sudah.. .Entah la..fk la sendri. Dah besar kan.. Muhasabah diri dlu... wallahualam

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak????


ok... jom kita sama2 baca dan hayati n dengar isu yg bakal ak nk kupaskan.... topik & citer ni ak ambik kat iluvislam...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati."Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga."Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


korang baca n fikirkan bek2 yg ak highlight 2...Boley plak kaum adam ckp g2... Yg kene kaum hawa gak bertolak ansur tp x kaum adam. Huh! diskriminasi tol. Kenapa kita yg kaum hawa ni x meletakkan garis kelayakkan untuk menjadi suami,pembimbing ialah seorang yang boley mengimami tiap solatnya??? Feninnn....Kaum adam lak mencari kesempurnaan pada kaum hawa tp adakah kamu wahai kaum adam cukup sempurna untuk hawa yg telah dijanjikan Allah?? Think about... Pandai memasak bukanlah subjek pertama untuk sebuah perkahwinan ( korang jgn fk yg ak ni x reti masak lak... Ni dh lebey!). x dinafikan masakan salah satu cara nk memikat hati si suami.. Korang tau kenapa? Sbb ini la cara kita dekat ngan pasangan kita, keluarga kita,anak2 kita... Org slalu ckp "masak dengan penuh kasih syg".. Tp korang praktis x?? huh! x la 2. xpe2... Korang kene praktis ok.. So lau la si gadis x reti masak n sedang bljr jgn la di perkotak katik kan.. At least si gadis ader usaha untuk belajar masak. Tp si lelaki?? Ader ke usaha nk memperkukuhkan diri untuk menjadi imam?? Aduh.. ckp panjang2 pown lau korang x der kesedaran x gune gak...pastu nanti ader la isu "queen control".. sbb nya smua si isteri yg control.Padahal salah sendri tp x sedar. Masih lagi kejahilan membelenggu dengan menyalahkan org lain..Nk salahkan saper masa 2??? Salahkan si isteri? OMG... Cian la kami kaum hawa... So korang yg kaum adam 2 tolong la wujudkan kesedaran..Ni x. Lau soh jd imam masing2 tolak.. Alasan "ak x reti"... Weh! Bg la alasan len boley x??.. Lau la si isteri x reti masak x salah lau si suami tolong kat dapur... kerjasama kan penting.. Lau si isteri boley membantu suami dr segi kewangan y not si suami membantu kat dapur.. Deal kan??? Yg penting bersyukur.. Terima setiap kelemahan pasangan dengan ikhlas.. Jgn mengungkit di kemudian hari..

Friday, October 1, 2010

tajuk nanti ak fikirkan pe die...

hurrmmm....
salam smua... maaf la.. lama ilang kan cik  KB ..

skrg ati ase meluat sgt. mls nk pos mende2 kat fb... kecoh sat g...so blog la diari ak yg lama dh ak tinggal.. sedih terkilan jgn ckp la...tp ak redha dan tabah melalui liku2 kehidupan yg dah Allah tetapkan tok ak. like abg said to me " sahabat baik hari ini x semestinya sahabat baik akan dtg..." sampai ayi ni ak terfikir.. tp tol gak.. sepanjang ak umo 24 thn nk masuk 25 ni kan ak cuma ader swg jek iaitu my cousin merangkap my best frend iaitu Nor Linda Abd Rahman. x kesah la dlu ak kat kerian ke, kat kelantan ke, kat tg malim ke n now kat johor ke, ak x der yg tol2 best frend yg kekal mcm die.. kire lau ak lik kg 2 kemana jek berdua.. ader setengah org ckp kiteorg kembar sebab melekat je.. x penah pisah kecuali kuar ngan family ngan dating.. die je la. lau ak dating pon ak bawak die..tp kadg2 die mls ikut kecuali ak paksa. ak majuk ke.. ak ckp putus kwn ke... kdg2 die meluat gak layan ak kot... to linda-->ko jgn mcm2 erk.. lik aye aji ni kite g jalan g erk..hahah.. smbg lik citer.. smua rahsia die lam poket ak smua rahsia ak lam poket die....ermm... ssh nk citer sbb melibatkan perasaan byk org.. tp x pela. abg ckp "ayg kene redha dan pasrah.." so ikut je la nasihat yg pakar.... (padahal lam ati ni korang x tau)... ak ngah cuba mengusahakan diri untuk balik ke ak yg dlu.. ala yg alim2 kucing+garang thp cipan 2... huhuhu.. mesti korang x cy kan... tp siyes ak lu mcm 2. tp base la.. peralihan budaya. n now ngah mencuba kembali ke pangkal jalan.. ahaks! mcm dh tersesat lak ak ni.. hahaha... t ak sambung tulis erk... ni pon ambik ms study... hehehe...

k la... untuk smua... cik mie syg korang walopon korang aniaya cik  KB ...

salam kasih syg,

Sunday, August 15, 2010

Thank You Allah -> music theme for Blog ciK miE

y: Maher Zain


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Tuesday, August 3, 2010

setelah SEkian LaMa

salammm.......

aduh2...setelah sekian lama ak hilang kan?? ak x g ner cuma ak x der idea nk menulis..ak pon x tau naper otak ak jd beku...t ar ak wat len.....daaaa

salam syg