Friday, April 29, 2011

Jenis-Jenis Nafsu


Nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya. Nafsu ada yang baik, yaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang buruk, yaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan pikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam.

Nafsu yang buruk :

Nasfu Amarah

  • adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
  • mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Lawamah

  • adalah nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.
  • golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasut, dengki dan sebagainya.
  • nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Marhamah

  • adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela.
  • walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Kemudian nafsu-nafsu yang baik adalah :

Nafsu Mutmainah

  • adalah nafsu yang lemah lembut.
  • mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa.
  • mereka adalah orang yang sholeh.
  • golongan ini adalah dijamin surga.

Nafsu Raudiah

  • adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk mencintai Allah sepenuhnya..
  • mereka bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah.
  • mereka bisa juga disebut sebagai Wali Allah.

Nafsu Kamaliah

  • adalah nafsu yang sempurna, nafsu yang hanya dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.

Nafsu Mardiah

  • adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. Keridhaan tersebut terlihat pada anugrah yang diberikan-Nya berupa senantiasa berdzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah SWT itu bersifat universal, artinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan bisa menghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah SWT, siapa pun tidak bisa memuliakannya.

Monday, April 25, 2011

new produk of CELCOM....



salam alaik....

Lama da kan  KB  x tulis aper2... bukan x nak tp x der mood la..
pastu keje lak melambak2.....balik keje samapi kul12mlm...

Memang pekerja terbaik la... awal pagi da g keje. Tp betol la... bile kita buat sesuatu dengan ikhlas dan enjoy sure kita x kan rasa letih..rasa jemu.... aper2 pon enjoy ur job!


regards by

Wednesday, April 20, 2011

Living in Malaysia is expensive

salam alaik!


aha!!!adakah ini benar??? menurut mereka yang berada di luar negara ianya amatlah sahih... kerana?????? jom kita tgk link ini... channel X!!!

regards by...

Wednesday, April 6, 2011

KEBAHAGIAN JUGA KEHIDUPAN



Dapat diungkapkan bahawa erti sebuah kebahagiaan kalau ditanya kepada semua orang pasti jawapan yang diterima berbeza-beza kerana pada mie la sebuah kebahagian itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara tetapi semuanya mempunyai maksud yang sama iaitu “kebahagiaan ialah satu tahap dimana kita dapat mencapai apa yang kita idamkan di dalam hidup”.

Ada orang yang bahagia apabila mendapat kereta yang mereka idamkan selama ini, maka kereta itulah yang menjadi buah hati dia, setiap hari keretanya dijaga dengan rapi, ada kotor sikit pasti di lapnya. Bawa kereta tu pun dengan penuh hati-hati, kalau silap orang lain sedikit pasti membebel dalam kereta sendiri, marah kat orang tu pun yang jadi mangsa mendengarnya orang kat sebelah pemandu. Itulah kebahagiaan orang yang mendapat kereta yang mereka idamkan.

Ada orang bahagia bila orang yang dia minati akhirnya menjadi milik dia. Selepas menjadi kekasih hati dia dan mula merasa bahagia apabila berada di sisi si dia yang disayangi. Bila dah rasa bahagia, hidupnya penuh dengan perkara-perkara yang indah, hari-hari yang dilalui indah belaka. Tapi dalam kebahagiaan itu mereka lupa tentang batas yang perlu dijaga, berjalan berpimpin tangan walaupun bukan muhrim. Alasannya kerana mereka sudah berkasih dan jangan kacau kebahagiaan kami. Bila ditegur kata kita mengacau dan busy body.

Ada orang bahagia apabila mendapatkan kerja yang mereka idamkan. Apabila mula bertugas semangat dan kerja dengan penuh dedikasi, setiap hari yang dilalui membahagiakan hidupnya sampai lupa untuk bersyukur kehadrat Illahi tentang rezeki yang telah diberikan. Walaubagaimanapun kebahagian itu bagus kalau kita meletakkannya di tempat yang baik.

Ada orang yang bahagia apabila tercapai hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hati yang sudah lama bercinta, disinilah mereka merasakan kasih sayang mereka sudah terbukti apabila terikat sebuah perkahwinan. Majlis yang dibuat penuh dengan gilang gemilang, semuanya hendak dibuat semasa majlis tersebut. Alasannya ialah sekali seumur hidup, biarlah ia menikmati detik kebahagian tersebut. Dalam kebahagian yang dinikmati kita sepatutnya bersyukur kerana Tuhan telah menyatukan dua hati dan jodoh tersebut.

Ada orang bahagia apabila menimang cahaya mata yang telah lama mereka menunggunya. Itu juga kebahagian yang terindah buat mereka. Cahaya mata tersebut ditatang dengan penuh kasih sayang, hanya yang terbaik untuk insan yang tersayang tersebut. Hari mereka penuh dengan kebahagian apabila bersama cahaya mata tersebut. Itu juga kebahagiaan.

Jadi kebahagian itu bermacam situasi tetapi satu maksud yang sama dan semua orang inginkan kebahagian. Tidak kira anda tukang kebun, guru, blogger, dan siapapun anda pasti semuanya inginkan kebahagian, tak mungkin ada manusia yang inginkan penderitaan.

Manakala Kehidupan adalah dimana satu fenomena atau perwujudan adanya hidup aitu keadaan yang membezakan organisme (makhluk hidup) dengan benda mati.

Berbagai jenis organisme yang terdapat atas muka bumi ini contohnya tumbuhan, haiwan, bakteria dan sebagainya. Organisme-organisme tersebut melakukan metabolisme yang mana ia mampu tumbuh dan berkembang terhadap rangsangan, berkembang biak, dan beradaptasi terhadap lingkungannya melalui seleksi alam.


Dapat disimpulkan bahawa kehidupan dan kebahagian tidak dapat dipisahkan.. Ini kerana seiring dengan kehidupan kita akan mendapat kebahagian dan juga sebaliknya.. wallahualam...

Tuesday, April 5, 2011

ANTARA CINTA DAN TANGGUNGJAWAB


Salam alaik….. Lama da x update blog kan… x tau nk letak entry pe .Tu yang senyap…ok la… Tajuk hari ni pon KB  terfikir masa on the way balik keje td… Entah mcm ne terfikir…. Mungkin kuasa Allah s.w.t menggerakkan hati ini untuk terfikir akan hal yg demikian. Setelah bertungkus lumus mencari sumber yg boleh dipercayai maka inilah hasilnya.. Sama-sama kita hayati nya. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita smua.. Amin ya rabba….

“Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga”
Majalah anis
Begitulah ungkapan sisipan dalam majalah anis. Isteri saya yang menunjukkan sisipan itu kepada saya . Saya berfikir sejenak apabila membaca bait-bait kata di atas. Cuba menghayati apakah di sebalik pengertian kata-kata yang diungkapkan.
Sekilas pandang, saya tidak bersetuju. Saya nyatakan ketidak setujuan saya kepada isteri saya dengan beberapa alasan.
Pertamanya, cinta itulah melahirkan tanggungjawab. Tanpa cinta, tanggungjawab akan menjadi lesu dan tempang. Tanggungjawab tanpa cinta seolah-olah ‘kosong’ dari perasaan. Cinta dan tanggungjawab tidak dapat dipisahkan.
Seringakali saya berbincang dengan isteri. Kami bersetuju bahawa rumahtangga kami di bina atas prinsip aqidah Islam. Aqidah Islam yang membawa cinta (hubbul) kepada Allah dan RasulNya lebih tinggi daripada segala-galanya.
Keduanya, hujjah saya ialah cinta bukan sekadar keindahan perasaan. Cinta ialah makhluk Allah yang diletakkan dalam diri manusia sebagai pelengkap kepada insan.
Firman Allah SWT :
Cintalah yang melahirkan tanggungjawab. Jika kita cinta Allah dan Rasul lebih dari segalanya, maka kita akan bertanggungjawab untuk bekorban apa saja.
Ketiganya, hujjah saya cinta tidak akan berubah menjadi tanggungjawab apabila berumahtangga kerana cinta adalah seiringan dengan tanggungjawab. Cinta adalah adunan dengan tanggungjawab.
Saya menyampaikan hujjah kepada isteri. Nampaknya, isteri saya mengangguk-angguk tanda setuju.
Saya berfikir kembali ungkapan di atas dengan reality masyarakat hari ini. Dari satu sudut saya menolak ungkapan di atas dan dari sudut reality hari ini ia boleh diterima.
“Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga” inilah yang menyebabkan rumahtangga kosong dan tidak ceria sebagaimana awal perkahwinan. Cinta tidak dapat disuburkan kerana tanggungjawab bertumpuk-tumpuk.
Masalah duit, masalah anak-anak, masalah hutang dan pelbagai lagi telah menyebabkan pasangan kekasih (suami dan isteri) tidak dapat menyuburkan cinta dalam rumahtangga mereka.
Sebenarnya cinta tidaklah 100% bertukar menjadi tanggungjawab. Cinta itu tetap ada. Tidak berubah sepenuhnya menjadi tanggungjawab. Pada pandangan saya, cinta tetap ada cuma tidak disuburkan akibat tanggungjawab yang pelbagai. Fokus tidak lagi pada cinta tetapi fokus kini lebih kepada tanggungjawab.
Saya tinggalkan ulasan saya di sini. Saya pohon membaca memberi komen lebih lanjut. Komen pembaca setia semua saya amat alu-alukan. Wallahua’alam.

Wednesday, March 23, 2011

Yesterday Is History, Tomorrow Is Mistery

salam alaik....

asenyer da lama kan  KB  x menulis. bukan kekangan masa yang menjadi masalah. bukan jua kekeringan idea. tp mood untuk menulis betol2. nak ckp mia lost, i'm not! but sometime it might be happen... erm..... t la sambung len.

plz forgive me.

Saturday, December 11, 2010

3 Tahun masa Berlalu

Salam smua..
Ermm… Menghitung hari untuk kembali ke negeri kelahiran… Akhirnya! Setelah 3thn di selatan Tanah Air tamat la sudah ak sebagai pelajar! After this bak cakap anak buah abag ipar aku “ jalan-jalan hantar resume”. Ayat best giler… Sabar je la. Tp kan rasa syg lak plak ak nak tinggalkan johor ni. Sbb cni ak x jumpa jalan jem mcm kat KL.. So ak amat2 la happy. Ni masuk keje kul730 tp kul640 ak da kuo umah. Lau lmbt alamat ak smpai opis kul8. 2 pon belum tentu. Ader kdg2 ak smpai kul845. Ko tgk betapa sengsaranya ak dok kt KL.
Entah la. Setakat ni ak da attend 1 interview. 1 g this Monday. Ikutkan tadi interview nya tapi ak x ley attend sbb x braper shat la. Tp schedule memang Monday pon die jek nak cepat. Padahal blum tentu ak shortlist pon. Ader rezeki ada la.. Bukan la aper die nak 7/10 fluent in English.. ak nyer stage 3-5/20 jek. So x braper confident la walopon mak ak ckp “ pesal ucu x ley speaking lak? Mama tgk ok jek”. 2 bg mak ak. Yg ak nak entertain ni omputeh bukan Malaysian. Mau x cuak ak. So ak nyer mood nak g interview 2 agak kureng la cket.
Ak nil au bab jalan smua tempat ak nak g. ish! Ni la padahnya masa dok lam pwot, mak x reti dok umah. So kwn2 disana, jika korang ngah bawak pwot makesure jgn jln2 sgt a.k.a merantau negeri org. t kenan kat anak korang mcm ak ni. Cis! Salahkan mak lak. Walopon mak ak ckp “ pe lak nak salahkan mama. Abah yg dok soh mama teman die. Mama g je la. Mama memang mls nk ikut pon tp dah abah soh”. So no komen la kan? Syg bini la kata kan. sabar je la..
Balik pada topik interview td.. Ermmm.. Ak interview dekat2 cni jek. Nak rasa jauh dr family cket. Mana la tau kan ader rezeki. Ak pon mencuba la nasib. X salah kan mencuba?? Ak kan suka adventure.. Mampos lau abg ak tau. Die lau x nmpk muka x sah. Nak kepit jek adik die ni. Ak tau la die syg ak. Hehehhe…ak teringin la smbung study. Lau la ak diberi peluang untuk keje yg kene ckp omputeh 24jam insyaAllah ak nyer BI akan Fluent. Nak fluent kene brani jek. Ak bukan x brani tp vocab ak kureng. 2 jek.. Padahal yg len smua ok. Perhh!!! Masuk bakul angkt sendri! Lau fluent ak nk sambung lagi. Kali ni ambik Degree Mechanical lak. X pon Master Mechanical Eng. Perrrhhh!!! Tp kan lau ak ambik Master Logistic pon ok gak kan??
X per. Skrg TARGET ak ialah CARIK KEJE!!! 2 yg penting dlu. Pasal further study 2 hold lu. Utamkan yg lebeh penting. Itu yang terbaik.. Nak jadik cikgu ke aper ke tnggu dlu ye. Sabaq!! K la kawan-kawan… sambung len kali. Nak siap2 tok beradu. Hehehhe J

Salam kasih sayang

Tuesday, December 7, 2010

Salam MaalHijrah 1432H....

salam alaik.....
hai.... entah ader org jwp ke x wallahhualam..... hak2.. yg penting happy!!! relex sudah eventhough otak ak berserabut ngan masalah. Sebagai manusia ak x lari dari masalah.. Ader jek masalah. Nak g kedai pon masalah gak. Sbb mls nak drive. Nak baca buku pon masalah gak. Bile mana ak mls nk baca. Mls nak ambik, malas nak buka, malas nak pegang, smua mls la. Malas tue pown masalah gak kan?????? Ish2.. ad jek ak ni kan?? Ak suka baca blog akk D ni. Ayat die mmg sempoi habis la. Lau kekadang 2 ader gak ayat pedas die. Tp saper soh carik pasal ngan die. Cuba reader bek2 jek ngan kak D sure la kak D x bg ayat pedas kat die. Husband die lak sempoi gak.. Pokok pangkalnyer pasangan yg ideal la.. ni blog kak D. Klik cni lau nak baca.
x der mood la nak menulis... sekarang ngah berperang ngan FINAL EXAM. Harap smua memahami keadaan diri ini. tq..

salam penuh kerinduaan,



Thursday, November 25, 2010

:) bercHenta Cara ISLAM

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.

Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

khas untuk SI DIA bakal teman hidupku.....

Bakal teman hidupku,

Aku diamanahkan kepada kamu,

Daripada abangku sebagai wali,

Pengganti Ayah yang telah Tiada,

Kepada kamu sebagai suami.


Bakal teman hidupku,

Maafkan jika aku tak seperti yang kamu mahu,

Maafkan juga untuk segala tingkah laku ku,

Kerna...

Aku juga manusia biasa seperti kamu.


Bakal teman hidupku,

Ku pinta pada mu,

Bimbinglah aku,

Ke jalan yang satu,

Jalan yang lurus walau ia jauh beribu batu.


Bakal teman hidupku,

Maafkan segala cacat celaku,

Maafkan juga jika terkasarnya bahasaku,

Maafkan segala salah silapku.


Bakal teman hidupku,

Hanya satu yang ku pinta darimu,

Lindungilah aku,

Sayangilah aku,

Setialah pada aku,


Dan...


Jujurlah padaku.