Saturday, October 2, 2010

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak????


ok... jom kita sama2 baca dan hayati n dengar isu yg bakal ak nk kupaskan.... topik & citer ni ak ambik kat iluvislam...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati."Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga."Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


korang baca n fikirkan bek2 yg ak highlight 2...Boley plak kaum adam ckp g2... Yg kene kaum hawa gak bertolak ansur tp x kaum adam. Huh! diskriminasi tol. Kenapa kita yg kaum hawa ni x meletakkan garis kelayakkan untuk menjadi suami,pembimbing ialah seorang yang boley mengimami tiap solatnya??? Feninnn....Kaum adam lak mencari kesempurnaan pada kaum hawa tp adakah kamu wahai kaum adam cukup sempurna untuk hawa yg telah dijanjikan Allah?? Think about... Pandai memasak bukanlah subjek pertama untuk sebuah perkahwinan ( korang jgn fk yg ak ni x reti masak lak... Ni dh lebey!). x dinafikan masakan salah satu cara nk memikat hati si suami.. Korang tau kenapa? Sbb ini la cara kita dekat ngan pasangan kita, keluarga kita,anak2 kita... Org slalu ckp "masak dengan penuh kasih syg".. Tp korang praktis x?? huh! x la 2. xpe2... Korang kene praktis ok.. So lau la si gadis x reti masak n sedang bljr jgn la di perkotak katik kan.. At least si gadis ader usaha untuk belajar masak. Tp si lelaki?? Ader ke usaha nk memperkukuhkan diri untuk menjadi imam?? Aduh.. ckp panjang2 pown lau korang x der kesedaran x gune gak...pastu nanti ader la isu "queen control".. sbb nya smua si isteri yg control.Padahal salah sendri tp x sedar. Masih lagi kejahilan membelenggu dengan menyalahkan org lain..Nk salahkan saper masa 2??? Salahkan si isteri? OMG... Cian la kami kaum hawa... So korang yg kaum adam 2 tolong la wujudkan kesedaran..Ni x. Lau soh jd imam masing2 tolak.. Alasan "ak x reti"... Weh! Bg la alasan len boley x??.. Lau la si isteri x reti masak x salah lau si suami tolong kat dapur... kerjasama kan penting.. Lau si isteri boley membantu suami dr segi kewangan y not si suami membantu kat dapur.. Deal kan??? Yg penting bersyukur.. Terima setiap kelemahan pasangan dengan ikhlas.. Jgn mengungkit di kemudian hari..

No comments: